KULIAH KE-14 BAGI KURSUS PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410)
GAMBAR PADA KULIAH KE-14 BAGI KURSUS PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410) |
Dalam masa yang dikatakan panjang tak panjang; pendek tak pendek punya 14 kali kuliah untuk masa pembelajaran PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410) ini, benar-benar telah membuat saya mengubah pandangan terhadap mata pelajaran PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410) ini. Hal ini demikian kerana, pada mulanya, saya tidak sangat suka kelasa BBK 3410 ini dan berasa kelas ini sangat membosankan. Tambah pula, aura guru yang bercakap di dalam kelas pada kuliah pertama itu lagi membuatkan saya berasa sangat tertekan, jadi saya tidak sangat menyukai kelas ini. Tetapi setelah mengikuti beberapa kelas, saya dapati bahawa kelas BBK 3410 tersebut sebenarnya langsung tidak mempunyai tekanan, malah ia sangat menyeronokkan, kerana kaedah pengajaran guru bukan sahaja menggunakan gaya pengajaran lama,dengan hanya mengajar skop peperiksaan sahaja, malah menggunakan gaya pengajaran yang sangat mesra untuk menyampaikan ilmu PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF kepada anak muridnya. Sebagai contoh, guru selalu berinteraksi dengan semua pelajar di dalam kelas menyebabkan kami beransur-ansur menjadi berani menjawab soalan serta mula berani mendeklamasikan puisi dan prosa di dalam kelas.. . . . . . Dengan ini, saya telah perlahan-lahan jatuh cinta dengan kursus PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410) ini.
Bukan itu sahaja, kursus ini juga membolehkan saya mendapati banyak ilmu pengetahuan terhadap puisi yang menarik dan konotasi, mengenal penulis yang hebat, keindahan bahasa. PN.KAMARIAH BINTI KAMARUDIN juga sentiasa membantu kami mencari inspirasi sendiri untuk menulis sesebuah sajak atau cerpen yang bagus. Oleh itu, saya amat berterima kasih kepada PN. KAMARIAH BINTI KAMARUDIN atas dedikasinya terhadap kursus ini dan sentiasa mempunyai bimbingan sabar sepanjang masa terhadap anak muridnya serta sentiasa melekatkan senyuman yang mesra pada sepanjang masa.
Comments
Post a Comment