KULIAH KE-14 BAGI KURSUS PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410)
GAMBAR PADA KULIAH KE-14 BAGI KURSUS PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410) Dalam masa yang dikatakan panjang tak panjang; pendek tak pendek punya 14 kali kuliah untuk masa pembelajaran PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410) ini, benar-benar telah membuat saya mengubah pandangan terhadap mata pelajaran PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410) ini. Hal ini demikian kerana, pada mulanya, saya tidak sangat suka kelasa BBK 3410 ini dan berasa kelas ini sangat membosankan. Tambah pula, aura guru yang bercakap di dalam kelas pada kuliah pertama itu lagi membuatkan saya berasa sangat tertekan, jadi saya tidak sangat menyukai kelas ini. Tetapi setelah mengikuti beberapa kelas, saya dapati bahawa kelas BBK 3410 tersebut sebenarnya langsung tidak mempunyai tekanan, malah ia sangat menyeronokkan, kerana kaedah pengajaran guru bukan sahaja menggunakan gaya pengajaran lama,dengan hanya mengajar skop peperiksaan sahaja, malah menggunakan gaya pengajaran yang sangat mesra untuk menyampaikan ilmu PENGLAH